Pengukuran isipadu objek terbahagi kepada dua cara iaitu dengan mengunakan formula Panjang x Lebar xTinggi dan cara lain dengan menggunakan silinder penyukat dan air.Mari kita lihat cara pengukurannya..
Saturday, 27 April 2013
Thursday, 25 April 2013
Apa itu Sains dalam Islam?
- Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)
- Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
- Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
- Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
- Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.
Pengukuran Isipadu cecair
Riuh rendah murid 4 Ibnu Khaldun dan murid 4 Ibnu Sina semasa membuat aktiviti memgukur isipadu cecair.Walau bagaimanapun Alhamdulillah semuanya berjaya malah setiap murid telah membuktikan mereka boleh membuat bacaan dengan tepat.Aktiviti di dalam Buku Teks Sains Tahun 4 mukasurat 61 telah berjaya diselesaikan. Murid juga dapat membuat laporan sains dengan baik.Namun mari kita kongsi lagi maklumat membuat pengukuran isipadu dengan betul.
Wednesday, 24 April 2013
Bulan pernah terbelah dua-Lagi bukti kebenaran Al Quran dari sudut Sains
Dalam minggu ini saya membimbing murid Tahun 6 mengulangkaji mengenai topik Alam semesta. Dalam mengumpul maklumat menarik terjumpa fakta yang lebih menarik..mari kita lihat bersama...
..Subhanallah! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua . Pihak NASA mengesahkan terdapatkesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian.Seorang ahli sains yang membentang kertas kerja mengenai bulan menyatakan "Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”. Wallahu’alam...

Subscribe to:
Posts (Atom)