Monday, 6 May 2013

Rahsia Terbentuknya Alam..

Murid - murid sememangnya amat tertarik dengan sains terutamanya ketika mempelajari tentang topik bumi dan alam semesta.Di sini ada edikit maklumat yang mungkin boleh kita renung -renungkan dalam menkagumi dunia ciptaan tuhan..Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas). 

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar. 

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah Al-Anbiyaa´: 30)

Saturday, 27 April 2013

Mengukur Isipadu Objek

Pengukuran isipadu objek terbahagi kepada dua cara iaitu dengan mengunakan formula Panjang x Lebar xTinggi dan cara lain dengan menggunakan silinder penyukat dan air.Mari kita lihat cara pengukurannya..

Thursday, 25 April 2013

Apa itu Sains dalam Islam?



  • Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)


  • Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan  pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
  • Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
  •  Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.

Pengukuran Isipadu cecair

Riuh rendah murid 4 Ibnu Khaldun dan murid 4 Ibnu Sina semasa membuat aktiviti memgukur isipadu cecair.Walau bagaimanapun Alhamdulillah semuanya berjaya malah setiap murid telah membuktikan mereka boleh membuat bacaan dengan tepat.Aktiviti di dalam Buku Teks Sains Tahun 4 mukasurat 61 telah berjaya diselesaikan. Murid juga dapat membuat laporan sains dengan baik.Namun mari kita kongsi lagi maklumat membuat pengukuran isipadu dengan betul.



Wednesday, 24 April 2013

KKejadian Gerhana Matahari

Kejadian Gerhana Bulan

Bulan pernah terbelah dua-Lagi bukti kebenaran Al Quran dari sudut Sains

 Dalam minggu ini saya membimbing murid Tahun 6 mengulangkaji mengenai topik Alam semesta. Dalam mengumpul maklumat menarik terjumpa fakta yang lebih menarik..mari kita lihat bersama...
..Subhanallah! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua  . Pihak NASA mengesahkan terdapatkesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian,  bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400  tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian.Seorang ahli sains yang membentang kertas kerja mengenai bulan menyatakan "Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.  Wallahu’alam...